Pagi2 lagi kami semua dah bangun, bersemangat sungguh nak main air..hihi.. Actually pagi tu tak bawa camera pun ke pantai sbb takde siapa yang boleh jaga, kan Aini pun nak main air juga:-P (jeles jugak bila tengok my habib seronok main air..huhu:P)

So, tak banyak rupanya gambar yang boleh di tepekkan tentang percutian singkat ni:P.. Maaf ya..;P

After main air, turun lagi sekali kawasan pantai untuk posing2, tapi waktu tu dah panas, anak2 pun dah penat main air pagi tu + tak puas main lagi:P.. so diorg semua cam dah takde mood nak ambik gambar.. sabar ajelaa...

Lepas check out, ingat nak singgah jalan2 di pantai PD dan nak ke Nilai 3 jap, menjamu mata + menguruskan pocket yang dah sedia kurus:P.. tapi, ada satu perkara yang meng'cancel' mood shopping Aini ni, sangatttlah geramm tentang itu!! nak tau apa?? tunggu next entry..hehe:P (surpriselah konon:P)


sementara tu, just tengok gambar..


Posing tengah2 panas:))



*___*



Time panas2, org dah kurang sikit mandi:))




cantik view ni:)



Abang Afnan yang makin tembam:))




Aufa jebik (sebenarnya tak nak balik lagi, tak puas mandi:P)

-end-

p/s: Esok ambik 1/2 day leave.. kan Aini cakap Aini bz sungguh la sekarang ni:P :P


Kami sampai agak lewat ke Tiara Beach Resort PD Sabtu lepas kerana beberapa hal yang tak dapat diselamatkan:)).. bilik hotel di situ just nice.. tak lah terlalu best dan tak terlalu tak best..:)) harga semalam sepatutnya RM400, tapi ada diskaun yang banyak menjadikan RM240 semalaman:)).. oklah dop??..

Persekitaran semua ok,cumanya rupa2nya resort ni bukan terletak di tepi pantai.. diorg buat pantai diorg sendiri je.. mujur cantik :)) honestly kalau percutian bersama anak2 memang sangat best disini, kalau honeymoon tak berapa sesuai sangat lah:))

Oleh kerana Aini sangatlah bz, di rumah dan di opis, so, tengok ajelah gambar yang ada ya!! :))

sampai bilik hotel, terus tengok org main air di tingkap:))



gaya org tak sabar nak pergi main air:))



pemandangan dari bilik kami..



lagi pemandangan dari bilik...




anak2 yang dah tak sabar nak pergi main air:))



posing dulu...



clown pulak:))



gelongsor air..



Ayah yang sama naik dengan anak2.. hehehe:P



*____*


Seronok sungguh :))

bersambung kemudian...

p/s: Aiyaa.. sangat bz sekarang ni... huhu...


video
*V.clip yang dibuat khas untuk my habib..
sangat simple , kekurangan masa:))..
silalah off kan radio Aini dulu bila nak melihatnya:)


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Kekasihku..

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Kekasihku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Alhamdullillah, hari ini genaplah umur suamiku 29 tahun..
Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kesihatan tubuh badannya hingga ke saat ini…

Alhamdullillah.. Alhamdullillah..Alhamdullillah..


Segala Puji-pujian dan syukurku hanya padaMu ya Allah..
Ku bersyukur atas segala-segalanya…


Hari ni sangat banyak makanan di opis.. syukur Alhamdullillah dengan nikmat rezeki yang tak putus2 dari Allah.. tapikan, alahai..camana nak kurus ni?? :-P, takpe2, lepas ni diet balik:-P (memang takkan kurus lah kalau gini gayanya kan:P)

Esok, InsyaAllah we all nak makan angin kat PD, 2 hari 1 malam aje, sambil2 bawa anak2 jalan, sambil sambut birthday my habib.. kan Aini suka buat perkara yang menguntungkan banyak pihak, dalam masa yang sama dapat berjimat.:P

Actually perancangan asal nak ke Tioman, nak sambut birthday kembar my habib sekali.. bestnyalah bercuti ramai2, sangat rindukan suasana macam tu.. Aini pun tak pernah ke sana:)) kebetulan juga my MIL pernah tinggal di sana, so, dapatlah mengimbau kenangan lama yang indah tu:)).. (perancangan yang masih lagi menguntungkan banyak pihak..:P).. tapi my MIL cakap cuaca tak berapa bagus sekarang ni, laut pun mungkin bergelora, so, sangat berbahaya, lagi pula, my BIL yang bongsu dah nak dekat dengan SPM.. takpelah InsyaAllah lain kali ya, lagi best kalau semua adik beradik dapat join sekali:)) Kena mesyuarat keluarga dululah gini..hihi:-P

Dan esok pula, b4 ke PD, my habib dan inteam yang lain pergi kenduri belah Ust Akhil di Gopeng dulu, mula2 ingat tak jadi pergi sana, tu yang tempah bilik kat PD siap2.. kalau tau jadik, mungkin boleh bercuti ke Lost World of Tambun, kat situ pun Aini tak pernah pergi lagi, teringin juga nak pergi kat Petting Zoo yang baru di buka kat sana, sbb Aufa dah suka mengenal haiwan2 ni.. takpelah, kalau panjang umur, murah rezeki, InsyaAllah pergi.. itulah namanya, kita hanya merancang, tetapi Allah jua yang tentukan segalanya kan.. Walau apapun, tak sabar nak pergi PD esok:P, doakanlah perjalanan kami semua selamat ya!! :) Nanti InsyaAllah, Aini tepek gambar banyak2.. (camlah esok tak tulis blog dah:P mestilah ada entry untuk birthday boy.. boy ke?? :P)




Aini kurus..
Aini kurus..
Aini kurus..
Aini kurus..
Yanti Suhaini Ibrahim kurus..

(Sila sebut sampai 40 kali)

Ameen.. Terima kasih mendoakan Aini kurus..:P.. semoga doa kalian termakbul... :))

p/s: Hasil tulisan 'org' yang tengah lapar tapi kena tunggu k.jijah settle kerja dulu baru boleh pergi makan.. huhu.. (sila salahkan k.jijah kerana entry ini:P)...


Ahad lepas we all sekeluarga ke Mydin Mall, Subang Jaya.. actually 1st time kami ke sini:)) besar betul dan ramai sungguh org kat situ.. sangat strategic untuk berniaga:)).. tujuan utama pergi sana ialah untuk memberi sokongan pada 'muslym shop'.. actually my TIL(suaminya) dan 2 org lagi rakan kongsi yang punya:) itu yang promote beria tu:P... semoga mereka beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..Ameenn:))

After balik dari sessi 'sokongan' tu,(sokongan melawat ajelah, sokongan membeli tak cukup budget harik tu..:P :P) terasa bersemangat pulak nak berniaga.. tapi masih tercari2 jenis perniagaan yang sesuai dengan Aini dan tercari2 juga modalnya..huhu:P agaknya perniagaan apa yang sesuai ya??

Oklah, just tengok gambar ya!!


Aufa posing 'mengada-ngada' sebelum bertolak:))



Perasan tak abang Afnan dah makin tembam?:P




Simple but Nice...



Aufa malu2 dengan Ayah Tang dia..



Baju ni cantik kan.. tunggu ada budget lah dulu:))


p/s: Hari tu waktu 'cuci mata' kat shopping complex, nampak water dispenser penguin yang macam Aini punya tu, tapi harganya RM39.90, sangatlah mahal berbanding yang aini punya, RM15 aje.. mujur my habib dah belikan dulu :)) thanks habib:P


v.clip ni dah bertahun2 ada dalam HP Aini, tujuannya mengalih perhatian Aufa dan Afnan dari menangis :P :P



Cute Sungguh kan? :) Tapi tak paham 'gosatu' pun maksudnya:))


Curik2 masa update blog:P

Sabtu lepas sempat kami sekeluarga balik temerloh sekejap, dalam 4 jam je kat sana.. sekejap je kan?? Tapi dalam masa 4 jam tu lah kami dapat bertemu dengan ramai adik beradik dan sanak saudara, sangat gembira, macam hari raya:).. Actually sbb ada kenduri kawin anak kepada my habib punya makcik.. sbb tu ramai saudara mara yang balik..

Kebetulan hari tu juga kakak Sulung (k.Nana) my habib punya birthday.. so,'Kak Ju and the gang' ada merancang surprise kan kak Nana:P.. belikan kek untuk dia.. Menitik air mata k.Nana waktu surprise tu, tanda terharu.. huhu:P ..

Apapun, nak ucapkan sekali lagi untuk kak Nana..

SELAMAT HARI LAHIR ,
moga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia dunia dan akhirat..
doakan juga Yan(Aini) kurus cam kak Nana.. hahaha:P

Jom tengok gambar:)

Aunty nyonya yang gumbira pergi kenduri kawin:P



Niza's family..



with my MIL..


with my MIL and SIL (kak Teh)



Potong kek..


Terharu..

Laparnya.. nak pergi makan sat, kak Jijah masak.. bestnyaa!! :P


BZ

Teramat BZ, tak sempat update blog, Auditor datang.. huhu tolong saya:) Selamat Hari Isnin dari Aini buat semua:P

(Patut tulis kat status FB ni:P)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan kejayaan bagi Inteam menggondol anugerah bagi 3 kategori iaitu:

1. Juara Anugerah NMI
2. Lagu Nasyid Paling Popular
3. Kumpulan nasyid paling popular

(copy aje ayat ni dari blog my habib:P)

Untuk cerita lebih lanjut silalah baca luahan rasa my habib ni...
**takpe habib.. Aja2 Fightin'!!!!!

***Kepada semua, actually perkara ni bukan berlaku pada Inteam sahaja tau! tp semua artis Nasyid pada malam tu, harap maklum:))

Sementara tu, just tengok gambar yang ada ya!.. sesungguhnya tangan Aini sangat tidak stable untuk mengambil gambar di malam hari tu.. :P (Tak retilah nak ambik gambar night mode kalau tak pakai 'kaki' camera:P huduh sungguh la gambar:))




Amar..


Nakriz



Nice



Inteam

Malam tu we all pergi makan di restoran Arab kat cyberjaya.. adoilaa.. sangatlah makin gemuk diri ku ini:P:P Malam tadi pun makan lagi, makan nasi Arab jam 3 pagi!! Logik tak? Memang saja ja kan?

p/s: Hujan lagi!! baru basuh keta..huhu:P Takpe..takpe, Aini suka hujan, tak hujan pun suka:) Silalah hujan :)




Temui mereka di MYDIN MALL Subang Jaya, Selangor mulai 31 OKTOBER 2009.
(Esoklah maknanya tu:P)

Dapatkan potongan harga istimewa sempena hari pembukaan MUSLYM SHOP.

** T-Shirt labuh cantik2 tau, Aini beli kat situ lah:P Pergilah ya!!:)



p/s : Hari ni nak promote bisnes 'org' aje, tak nak bercerita banyak.. tapikan malam ni my habib ada program Daurah NMI tu, silalah undi ya!! :) InsyaAllah kami sekeluarga pergi malam ni..

** Kosakata Afnan pula untuk semalam.. nguli=ngilu..haha:P



Suppose petang semalam my habib perlu baca doa untuk program ini.. tapi ada beberapa VVIP yang tak dapat datang lagi, program postpone after Maghrib, sambil2 menunggu , of courselah kami makan dengan banyaknya.. haha:P

Ambik gambar my habib dari jauh ajelah:)



My Habib dengan beg Lap Top nya dibawa sekali ke majlis tu, kelakar pulak rasa sbb memang kitaorg pergi sana direct je dari opis, takkan nak tinggal lap top dalam kereta pulak:) Mula2 segan juga, tapi tengok beg wartawan lagi besar2:)).. Tak jadilah segan:P

Waktu nak balik tu ada pulak wartawan yang nak ambik gambar kitaorg.. huhu.. dah lah baju kami pakai ntah zaman bila punya baju.. pastu sure gemuk gambar 'saya' ni kan:P (dah memang gemuk pun, takkan dalam gambar nampak kurus kot:P).. hopefullylah wartawan tu tak keluarkan gambar kami tu:P :P (especially gambar Ainilah, gambar my habib ok je:P, low profilelah kununnya tuh:P).. lagipun, ramai lagi artis lain yang ada seperti Mawi& Ekin, Misya Omar, Aliff Aziz, Aliff OIAM, Fazley, Fara dan ramai lagilah:).. Apapun tahniah untuk Br Ajai and his partners, K.Liza pula yang banyak mengurus program tu, baik orgnya dan sangat comel:) (Ajai's wife)


We all balik agak lewat, dalam jam 9.00 malam:P (lewatlah untuk Afnan & Aufa sbb kalau kitaorg berdating pun selalunya after diorg tidur, so, diaorg tak perasan sangat 'kehilangan' mak ayah diaorg ni:P).. Rasa bersalah sangat sbb Aini memang jarang takde dengan diorg waktu malam:) Tapi sempat lagi we all belikan diorg puzzle, (hadiah rasa bersalahlah tu:P tapi tak boleh amalkan selalu cam ni:P bahaya..) rupa2nya Aufa dah tidur kat ruang tamu...siann... tapinyakan, bila dengar kitaorg bising2 dan bila dia nampak puzzle dia punya, cepat2 jelah dia terkam puzzle tu:) Dah tak nampak kitaorg dah:) Sabar ajelah kami ni :P...

'3D' puzzle untuk abang Afnan:)



'Alphabet & Number' Puzzle untuk Aufa pula:)
Tengoklah tu, dengan kusut masai bangun tidur terus terkam hadiah dia:)

-end-

p/s: Tak lupa juga belikan hadiah untuk cikgu diorg yang tolong hantar diorg ke rumah.. he he:P Terima kasih ya! :)
p/s lagi satu:P : Lagi kosakata Aufa - bangak = banyak:P


Ulat Banggok adalah panggilan Aufa kepada ulat gonggok tetapi Aufa akan panggil ulat banggok bila nampak lalat:)Aufa..Aufa :))

Lagi gambar sekadar hiasan:P

p/s: Kalau Aufa nak main air lama2 dalam bilik air/sinki, sebut je ulat banggok, sure dia tak main dah :P


Sila baca entry ini sampai habis untuk mengetahui apa maksud DOHAK tu:P

Alhamdullillah dah pergi pun ke 3 3 tempat.. PTPTN, Perkeso dan KWSP.. tapi PTPTN aje yang settle.. Perkeso tu sbb terlupa bawa cop sykt.. macamanalah Aini boleh terlupa?? (tapi honestly Aini ni memang cuai sikit pon:P) Sebab cop tu aje, semua benda pun tak boleh proceed, padahal yang original dah cop dah pun:) .. terpaksa buat minggu depan pula sbb diorg pindah building pula :) Hmm.. kalau kerja tak settle macam ni, kepala pun agak pening kan? Takpelah.. slow..slow ye Aini:) Mintak maap ya org Publishing:P

KWSP tu pula sbb we all yang nak balik sbb nak kena tunggu lama org pergi rehat:P.. takpelah, sbb KWSP cawangan mana2 pun boleh pergi:) so, tak kisah sangat , InsyaAllah esok nak pergi KWSP lagi sekali:) Berdating sokmo lah kami 2 hari ni:P Bestnyalah boleh jumpa selalu kat opis dan rumah..hihi:P Time outstation pula, tak best balik:P Lagi sekali mintak maaf ya org Publishing sbb lambat sikit:)

Tapikan, dalam perjalanan balik ke ofis tadi hujan tersangatlah lebat.. sangat takut, atas jambatan pun boleh banjir.. Alhamdullillah takde apa2.. Semoga Allah melindungi kita semua dari malapetaka bahaya.. Ameen..

Hmm.. petang ni pula Aini temankan my habib ada launching restoran, Aini direct terus aje dari opis ke sana, tapikan baju Aini ni macam tak sesuai aje..huhu.. tak sempat dah nak balik rumah dah ni.. Afnan dan Aufa pun Aini minta tolong cikgu diorg tolong hantarkan ke rumah, mujur rumah Aini selang berapa buah je dari tadika diorg tu:).. takpelah dop, hentam ajelah..hehe:P

Habis dah cerita yang ntah apa2 ni.. :)


* Gambar sekadar hiasan..Si 'comen' ibu yang mengantuk:)

Sebenarnya Aini nak tulis perkataan yang Aufa salah sebut buat masa ni je, esok bila dia besar, kitaorg boleh ingat balik.. :P :P :P

Dohak- Rosak

Tinggan - Tinggal

Comen - Comel

Basikan - Basikal

tu-v - TV

Tolor - Telur

itu aje untuk setakat ni:P

-end-

p/s: Tajuk takde kena mengena pun dengan cerita, Aini letak tajuk tu sbb tak tau nak letak tajuk apa..:P :P (Masih dalam keadaan takde idea menulis blog tapi ngada2 nak tulis jugak:P)


Blog Widget by LinkWithin